0

aku dan kampung.

aku anak kampung. asal kedua papa dan ibu aku dari kampung. sudah selamat sampai aku ke kelantan. bahagia benar, dan tak perlu kaya, cantik rumah mewah untuk rasa bahagia aku ini. ia sekadar cukup, cukup membuah aku bahagia teramat.

pakcik dan makcik aku bahagia alhamdulillah.

aku sudah lepaskan pakcik aku pada dia, yang bergelar isterinya. aku percaya dia boleh jaga pakcik aku dengan sempurna. insya Allah. dan ya Allah dekatkanlah hati mereka selalu sampai mati.

aku tengok pakcik aku sembelih arnab hari ini. 3 ekor.
ini untungnya jadi anak kampung, tegar sifatnya. hehe.
tengok si comel bertiga itu ditamatkan hayatnya pun masih tenang saja. siap tolong.
aku senang dengan cara ini.
tidak memilih.
tidak bersifat kegedikan melampau yang tidak kena tempat.
tidak lokek menolong.
segalanya aku iya kan untuk pakcik dan makcik aku. sayang punya pasal.

aku makan arnab itu. digoreng berempah. sumpah sedap.! kalau di hotel, tak mampu aku nak rasa.

dan,
aku dengan kancil putih itu. aku tak ada kereta mewah. aku ada kancil saja. manual. tak tinted sangat. sekadar cukup. dan itu sudah buat aku okay. dan alhamdulillah untuk nikmat yang Dia bagi.

aku punya ramai adik. banyak hati mau jaga. mau dijaga kebajikannya juga. ini ajar aku jadi sabar dan tenang uruskan mereka. kini, aku faham bagaimana ibu urus kami yang banyak songeh. sayang ibu selalu.

dan,
aku tidak seperti aku yang dulu. itu yang aku pasti.
lebih matang sedikit.
aku kena bersedia jadi ibu. aku bukan budak perempuan lagi. aku wanita.

dan,
aku anak perempuan yang suka urut si ayah. duduk-duduk depan tv, aku urut bahu papa.
penat cari duit untuk kami anak beranak.
dan moga dia, Tuhan jaga selalu. sayang papa selalu.

dan,
aku punya pakcik yang belum ada orang rumah. dia sendiri lagi. usia lebih tua dari ibu.
andai tiada jodoh dia dengan siapa-siapa, aku akan jaga dia. tetap.

kerana aku tahu, dia sayang benar sama aku. aku suka sembang sama dia, buat dia gelak. dia jarang benar senyum, dia garang. tapi dengan aku, dia sayang. aku laung saja nama dia bila nampak dia.

"cik yee!!!" dan senyum lebar. nampak gigi penuh. hehehe.


dan, \
cinta itu sempurna bila kita ikhlas, jujur seadanya.

dan moga aku mampu jadi orang yang penuh kasih sayang,
dan ada orang letak dua ekor anak kucing depan rumah,
akan aku jaga,
sayang punya pasal :) haha.



N a d.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top